Followers

Khamis, 17 November 2011

Rasa Hatiku

Jom layan lagu ni.............
 Awak...
Andai masih ada rindu . . kumohon hilangkanlah ia dari hatiku . . kerana ketidakpastian itu mengganggu . . perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu . .
 Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan lebih bererti.. Mengapa terus hanyut dan biarkan hilang akan maruah diri tika amat memerlukan, walau kamu lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu..Telah berlalu sedetik waktu di mana masa yang telah pergi itu tak mungkin akan berulang kembali.....
 
 

Selasa, 15 November 2011

Bercuti...

Baru2 ni kata HATIKU sekeluarga bercuti di Port Dickson sambil menenangkan fikiran ...rasa best sangat2 coz masa cuti tu langsung KATAHATIKU tak ingat pasal kerja....best sangat2 rasa macam nak cuti sebulan je..tapi tulah ...ada kerja baru ada duit..ada duit baru boleh bersuka ria ..betul tak?...sebenarnya percutian tu taklah dirancang tapi disebabkan sepupu aku mendesak supaya mencukupkan bilangan sepupu2nya..aku pun OK je...so KATAHATIKU nak share kenangan tu....















(Barisan anak2 buah....)








Enjoy sangat. KATAHATIKU berharap agar hubungan kekeluarga ini akan berkekalan..

Khamis, 10 November 2011

Tentang KATA HATIKU

Kdg2 rasa bosan jugak hari2 buat rutin yang sama (Bosan tak bosan pasti kena buat sebab itu satu tanggungjawab)...dari awak pukul 5.30am bangun pagi  sehingga 11pm..hari-hari rutin yg sama....pagi2  KATA HATI uruskan princess untuk ke sekolah dan suamiku ke tempat kerja..bangun gosokan baju kedua-duanya termasuklah( uniform) aku...then buatkan minuman untuk panaskan perut takut nanti sakit perut pulak...(kalau sempat aku buatkan hidangan kalau tak makan je lah roti sapu butter tu )alas perut jer kan..bila hubby hantar anak ke sekolah..aku bersiap nak mulakan tugas ku sebagai  officer disalah sebuah syarikat (nama je officer) tp gaji...(no komen) namun aku tetap bersyukur sbb dapat juga rezeki ini...

ditempat kerja aku ni dari dulu sampai la sekarang orang memang kata aku sombong sikit (poyola katakan) tapi aku tak seperti yang diorg cakap ..dia orang cakap sbb dia org tak kenal aku ..bila dh kenal confirm nak kawan terus sebab aku ni suka buat orang ketawa dan gembira..aku ni pulak jenis yang tak suka kawan terlampau rapat ,aku takut sebab kawan baik ni susah nak cari yang betul2 boleh simpan rahsia...kebanyakan sekarang kawan yang gemar ambik kesempatan diatas kebaikan aku...(aku benci dengan perangai mcm tu )...masalahnya aku baik ke?? he he he..x kisah lah aku baik ke sombong ke yang penting aku dengan cara aku..dan tak susahkan sesiapa...
aku ni suka tentang kesempurnaan dalam buat sesuatu perkara ..macam kerja bila aku dah arahkan sesorang buat mengikut masa sudah tentu aku perlukan masa itu juga..jgn kata tidak dan jgn kata tak boleh confirm aku naik angin pun..(ini lah penyakit aku dari dulu sampai la sekarang ni CEPAT MARAH) dan sebab itu juga orang kata aku PANAS BARAN..mmg aku akui itu ..aku pernah cuba berubah dari panas baran ke penyabar tapi tak pernah berhasil..aku akan lemah pada sesorang yang aku sayang iaitu BONDA ku tersayang...hanya dia yang boleh mengubahku dari seorang panas baran kepada penyabar...(sebab itulah aku perlukan bondaku sentiasa) "Ya ALLAH peliharakan kesihatan bondaku" AMIN-

Dalam Baran aku ni seorang yang manja jugak.mungkin sbb aku anak tunggal perempuan dalam keluarga?apa-apa pun aku tetap aku...bercerita tentang aku..sesungguhnya aku sayang suamiku dan anakku...



KATA HATIKU  keluar dulu nanti KATA HATIKU sambung lagi....

Wasalam

Rabu, 9 November 2011

Nothing Gonna change

Kata Hatiku just nak layan lagu malam ni....coz terlalu penat lah sejak kebelakang ni..banyak sngt keje kat office..outstation lagi....dokumen tu nak tgk dokumen ni nak tgk...kalau x tgk kang..dh tanggungjawab nanti kalau salah aku jugak yg kena...so buatlah.... aku bersyukur masih mempunyai kudrat yang kuat dan sihat...alhamdulillah

 "Sahabatku, aminkan doa ini untuk menyembuhkan sakit, kecewa & luka hati anda. "Ya Allah, Engkau karuniakan kami rasa sakit hati karena perbuatannya, kami mensyukuri cubaan ini, semoga ini membuat kami menjadi orang yang lebih kuat & lebih sabar, semoga ini menjadi jalan untuk Engkau ampuni dosa kami & semoga orang yang telah dzalimi kami Engkau sadarkan, Engkau perbaiki & Engkau berkahi hidupnya." (ikhlas buat sahabat ..rakan dan teman yang paling disayangi)....

 
so...kita layan lagu ini ...





Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha Buat Semua Rakan2 blog....


 

KATA HATIKU tiba2 syahdu bila takbir berkumandang...
Rindu syahdu..di HARI RAYA...







Khamis, 3 November 2011

Alhamdulilah...Syukur Padamu...

Just Nak kongsi kegembiraan dgn rakan2 blog sekelian...Semalam..my princess bawak balik rekod kemajuan...aku punyalah berdebar2 coz sudah 2 bulan aku tak hantar anak aku ke kelas Tuition...bukan aku tak nak hantar...cuma teacher dia pergi kursus di Kuala Lumpur...(Aku hantar tuition coz my princess bersekolah di SJK (C)...).....Tapi alhamdulilah bila aku bukak je rekod kemajuan anak aku..."YA ALLAH AKU BERSYUKUR PADAMU kerana dikurniakan anak yang amat bijak dan pandai..YA ALLAH aku terharu dan terlalu gembira dengan kurnian mu itu...






Ini adalah penilaian anakku.......(Alhamdulilah)



Ini adalah Komen dari Guru KAFA ...(Alhamdulillah)












 Lagu kesukaan aku semasa menidurkan princess....


p/s: rakan2 doakan semoga princess berjaya sehingga ke menara gading.....