Followers

Ahad, 30 Oktober 2011

PIALA MALAYSIA LAGI..




ALHAMDULILAH ...PIALA MALAYSIA MILIK N.SEMBILAN KEMBALI.....

Menceritakan kisah semalam semasa KATA HATIKU di Stadium Shah Alam bila Terengganu dah masukan Gol Pendahuluan ..Kata Hatiku  terkedu..tergamam...dan nak menangis pun ada..(bukan apa sebab dh terlalu penat menyorak tiba2 masa ke 2 jadi mcm tu...tapi alhamdulilah masa minit ke 81 pemain bola sepak S.Kunalan menyumbatkan jaringan penyamaan (1-1)...gembira lak hati bukan kepalang masa tu.....HOBEN JANG HOBEN...



Kegembiraan itu berulang kembali semasa minit ke 86 apabila 1 gol lagi disumbat masuk....yeeeeeeeh dah 2-1...terima kasih Hairudin Omar (Hai-O kepala Besi) kali ni guna kaki bukan kepala.....Alhamdulilah sekaligus membawa semula Piala Malaysia ke Negeri Sembilan .......bukan kepalang sukanya semua penyokong negeri sembilan malam tu...termasuklah kata Hatiku sekeluarga...mana tak nya kalau nak dikira tiket dari musim pertama sehingga akhir tak pernah ketinggalan untuk menyokong N9 negeri kelahiran kata Hatiku ......


 

Apa2 Pun "Tahniah buat Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan "            
 
kita Tunggu Tahun Depan....Get Ready untuk Piala Sumbangsih 2012
Kelantan VS N.Sembilan
Stadium Sultan Muhammad ke IV
10 Januari 2012 

(Insyallah Jika KATA HATIKU masih ada dibumi ini)
 
 


(Bola kesayangan KATA HATIKU
 



(Insan paling disayangi oleh KATA HATIKU )

Sabtu, 29 Oktober 2011

HOBEN JANG HOBEN...D'Great

Tiket dah beli......so get ready...malam ni kita ramai-ramai gegar stadium SHAH ALAM..

Harap2 Skuad HOBEN JANG HOBEN  berjuang habis habisan malam ni...apa ape pun Bola tu kan bulat apa2 boleh terjadi...apa yg penting...Kita tetap berdoa dan menyokong agar pasukan HOBEN JANG HOBEN menjulang semula PIALA MALAYSIA kali ini.....LOVE N.SEMBILAN.....

Jumaat, 28 Oktober 2011

Just nak share.....

6 Kelebihan Hari Jumaat ~ Selamat Hari Jumaat !


1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Rabu, 26 Oktober 2011

Kita Satu.....


Jom layan lagu ni.......

Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..
Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku


 

Ahad, 23 Oktober 2011

Apa2 je lah...

Jom layan lirik lagu ni (lagu ni lagu lama )..macam best jer  ... aku dengar lagu ni masa aku drive pergi Giant siang tadi ....so aku share kat sini...."entahlah sejak kebelakangan ni  rasa mcm semacam je..dan kadang2 aku sendiri pun tak tahu kenapa...rasa rindu pada sesorang ,,tapi pada siapa??? nak kata dkt my hubby depan mata.....he he he...(jangan buat pasal)..tapi itulah naluri aku pada waktu ini...

Sampaikan Salam Cinta Ku

 
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu
 

 
 

 

Jumaat, 21 Oktober 2011

Bila Perempuan Menangis


BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...




P/s: aku suka lirik lagu ni......... layanz..