Just nak share.....
6 Kelebihan Hari Jumaat ~  Selamat Hari Jumaat !
1. Berlakunya hari kiamat.
  Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari  kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa,  “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah  seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan  dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:  “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah,  Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari  syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut  Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat  istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan  lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam  suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang  bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu  segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau  pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan  manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih  lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas.  Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud  berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan  menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi  mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika  imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya,  kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang  dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara  khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis  daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat  yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana  tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah  menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu  itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa  beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar  bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab  itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai  didirikan.

 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan