Followers

Rabu, 23 November 2011

Cicak oh Cicak....

Hari ni KATA HATIKU nak bercerita pasal CICAK..eeeeeeee geli...kalau nak tau CICAK adalah binatang paling KATA HATIKU  tak suka..ngerinya bila KATAHATIKU melihat cicak...so nak dijadikan cerita hari ni masa masuk pejabat binatang tu duduk bertengek di belakang kerusi KATAHATIKU...alamak...macam manalah aku nak menghalau binatang ni...nak dekat pun aku takut apatah lagi menghalau..masalahnya CICAK ni tak mahu bergerak walaupun aku sudah mengoyangkan kerusi tadi..akhirnya aku baling cicak tersebut dengan pen..masalahnya kemana halanya si CICAK tadi  ???...masalah aku jugak ni......nasib baik ada seorang kawan aku ni datang...aku suruh dia tgk betul-betul ada lagi ke CICAK tu.....mengikut kata dia CICAK tu dah lari...aku dengan berani duduk macam biasa sambil mata aku memandang atas bawah kiri kanan,,takut kalau cicak itu muncul...agak-agak dah 3 jam , ketakutan aku pada cicak dah hilang.....dan tanpa aku sangka CICAK itu muncul dihadapan komputer aku.......aduh makkk..........nasib aku tak pengsan...CICAK tu siap intai2 aku aduhaiiiii....apalah kena dengan CICAK ni ..esok  RENTOKIL akan datang siap kau CICAK ...confirm kau tak jumpa lagi bumi ni.......







eeeeeeeeeeeeeeee...gelinya aku dengan binatang ini..........

Tiada ulasan: